Nak hias rumah mesti ada ilmu. Sebaiknya rujuk kepada pakar hiasan dalaman jika anda mahukan hiasan dalam rumah yang baru anda renovate itu menjadi cantik seperti yang diingini.
Antara kesilapan hiasan dalaman yang biasa dilakukan ialah:
1. Terlalu Banyak Frame Gambar
Ini masalah utama pereka dalaman Malaysia yang “tak bertauliah” apabila berbicara soal dekorasi dalaman. Kalau boleh semua gambar mahu diletakkan dalam frame gambar supaya apabila ada tetamu datang rumah dapat tengok dan bertanya.
Tidak semua gambar perlu dipertontonkan kepada pelawat rumah anda. Minimakan frame gambar!
2. Kabel Yang Tidak Di Sorok
Masalah kabel berselirat, tidak diletak kemas dan tidak disorok biasa dipandang ringan. Apa yang patut dilakukan adalah membuat satu sistem kemasan yang bersesuaian. Yang mana boleh diikat atau disatukan jangan dibiar sahaja, satukan kabel-kabel ini.
3. Terlalu Banyak Motif
Pemilihan motif seharusnya tidak terlalu banyak dan dominan. Corak floral memang orang kita suka tetapi kalau penuh satu rumah dengan corak floral yang pelbagai warna tak ke pening dibuatnya?
Sebaiknya penggunaan motif harus lebih minimal dan perlu lebih fokus pada item tertentu sahaja.
4. Banyak Sangat Pasu
Kebanyakan orang suka mengisi setiap sudut dengan pasu baik yang besar, yang kecil dan tak kurang juga yang suka mengumpul bunga telur dari majlis orang kahwin.
Tahu tak pasu-pasu ini hanya bakal menjadi ruang simpan habuk akhirnya? Jadi tidak perlulah kiranya menyusun banyak sangat pasu sebagai dekorasi.
5. Dinding Berwarna Penuh
Masih ada lagi yang belum faham apa itu feature wall dan menggunakan warna yang terlalu dominan seperti hijau atau biru untuk dicat seluruh rumah. Lupakan semua itu kerana ia hanya akan mengundang sakit mata sahaja.
6. Lindung Pencahayaan
Disebabkan sofa baru, almari baru semua dah sampai, maka ruang menjadi makin kecil malah ada yang menutup sumber cahaya yang sangat diperlukan dalam kediaman.
Hal ini hanya akan menjadikan kediaman gelap, kusam dan tak menarik
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!

Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.