Tips Renovation Rumah | 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tinted Cermin Tingkap Rumah

Jika anda mahu memasang tinted cermin tingkap rumah anda, berikut adalah perkara yang anda perlu tahu.

1. Tahap Potongan Haba (Heat Rejection- HR)

Potongan haba atau lebih dikenali sebagai ‘Solar Energy Rejection’, ‘Solar Heat Rejected’ atau ‘Total Solar Energy Rejected’ di dalam katalog tinted film. Semua ini membawa maksud yang sama iaitu lebih tinggi peratusan tahap potong haba, lebih kurang haba yang terasa didalam rumah dan pejabat anda.

Tahap potong haba yang ada pada film tinted cermin tingkap rumah ini adalah serendah 35%, dan yang paling tinggi adalah 90%

2. Tahap Pandangan Orang Dari Luar

Atau ‘Visible Light Transmittance’ (VLT) merupakan tahap atau ukuran bagi menapis pandangan orang luar terhadap apa yang berlaku di dalam rumah dan pejabat anda.

VLT ini dikira dalam peratus, lebih rendah peratusannya, bermaksud orang luar semakin kurang boleh melihat ke dalam kediaman anda. Level VLT ini adalah antara 55% – 5%.

3. Tahap Potongan UV

Kebanyakan film tinted cermin tingkap rumah yang yang berkualiti mempunyai tahap potong UV (UltraViolet Rejected) sebanyak 99%. UV ini merbahaya untuk kulit anda. Jadi jika anda pasang tinted rumah bahaya UV ini dapat dielakkan.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

4. Layer Tinted

Solar Film TINTED mempunyai 2 jenis layer film; 2ply dan 3ply. 2ply ini agak sedikit nipis dari 3ply, mereka mempunyai fungsi yang sama, intitu untuk memotong haba dan cahaya. 2 ply mempunyai HR antara 35% – 79% manakala 3ply mempunyai HR melebihi 80%.

5. Jaminan

Solar film tinted cermin tingkap rumah yang baik mempunyai kualiti yang sangat tinggi, punyai jaminan antara 5 tahun hingga 10 tahun. Namun, memang ada tinted yang tiada jaminan dan harga tinted jenis ini biasanya murah.

6. Warna

Warna tinted cermin tingkap rumah boleh dipilih berdasarkan kesukaan anda. Pilihan warna tidak memberi apa-apa kesan terhadap cahaya dan haba.

7. Harga Tinted Bergantung Kepada 2 Perkara,

Pertama, jenis tinted yang anda pilih. Kedua jumlah keluasan cermin dan tingkap pada rumah anda.

8. Cara Membersihkan Cermin Tinted

Film tinted cermin tingkap rumah dipasang di sebelah dalam rumah. Cukup sekadar mengelap secara perlahan menggunakan kain jenis ‘MicroFiber’. Elakkan disental dengan kasar, calar nanti tinted tersebut.

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *