Anda mahu ubahsuai rumah Setia Alam, Shah Alam & Klang? Pastikan anda tidak terlepas pandang 4 perkara penting berikut:
1: Siasat Samada Boleh Ubahsuai Atau Tidak
Anda perlu semak atau siasat samada pemilikan (unit rumah) anda dibenarkan untuk di ubahsuai atau tidak. Lain daerah atau majlis perbandaran, lain peraturannya.
Sila rujuk kepada majlis perbandaran tempatan dan pihak pengurusan kediaman (jika jenis berpagar atau bertingkat) untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
Syarat-syarat renovation rumah wujud untuk memastikan keselamatan dan hak orang lain di sekeliling rumah anda adalah terjamin
Contohnya: Rumah corner lot tidak boleh ditambah sehingga ke sempadan tanah kerana ia membahayakan keselamatan.
2: Rancang Dengan Teliti
Anda mesti rancang dengan teliti mengenai ruang yang anda mahu renovate supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Ada pemilik yang tidak rancang dahulu dan menyebabkan kontraktor renovation terpaksa memecahkan semula atau menutup kembali ruang / bukaan yang telah dibuat. Semua ini melibatkan kos!
Renovation rumah yang tidak dirancang dengan baik bukan sahaja memakan masa, malah menyebabkan pembaziran dan kerugian.
3: Dapatkan Khidmat Nasihat Professional
Sebaiknyakan rujuk kepada perekabentuk bertauliah untuk mendapatkan rekabentuk untuk renovate rumah anda.
Pastikan pihak kontraktor renovation rumah mengikut spesifikasi kerja dan menggunakan bahan binaab yang berkualiti mengikut pelan. Semua ini boleh mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.
4: Rancang Kewangan Untuk Ubahsuai Rumah
Kos renovation rumah adalah sangat tinggi jadi anda wajib merancang kewangan dengan teliti.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk renovate semua ruang sekaligus. Anda boleh menabung dan renovate rumah sedikit demi sedikit suapaya ia tidak membebankan. Elakkan dari membuat pinjaman peribadi dari bank untuk renovate rumah!
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!

Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.