SETIAP daripada kita pasti berhajat untuk membuat kerja-kerja penyambungan atau pengubahsuaian pada rumah. Alasannya mudah, demi keselesaan setiap kali ahli berkumpul.
Melakukan kerja-kerja renovation rumah tidak semudah disangka. Sebaliknya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
Permohonan pelan perlu dikemukakan dan kerja-kerja pengubahsuaian hanya dibenarkan selepas pelan tersebut diluluskan.
Ada yang sedar, namun mengambil mudah kerana mengganggap sejauh mana tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
Bagi yang berduit, jika mereka mampu melakukan kerja-kerja ubahsuai rumah sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, apalah sangat sekadar sejumlah kompaun yang kecil.
Peruntukan undang-undang berhubung perkara itu telah di-garis oleh PBT di kawasan pentadbiran masing-masing.
Sama ada anda tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, PBT bertanggungjawab seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Labuan tetap terikat dengan undang-undang masing-masing.
Begitu juga PBT di bawah kerajaan negeri Selangor seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan lain-lain.
Apa yang berlaku hari ini sebaliknya, apabila masih terdapat segelintir pemilik kediaman bebas menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian kediaman mereka.
Penyambungan secara haram itu seolah-olah mengambarkan sikap degil mereka tentang kebenaran, kelulusan dan pembinaan yang digariskan oleh PBT.
Ada yang menganggap semua undang-undang dan garis panduan yang diberikan membebankan dan menekan pemilik rumah.
Tindakan PBT mengeluarkan notis dan kerja-kerja meroboh itu didakwa zalim dan kejam. Secara peribadi penulis bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia tidak akan dibuat tanpa sebarang sebab.
Hakikatnya, pengubahsuaian rumah secara haram tanpa kelulusan banyak menimbulkan masalah. Selalunya pengubahsuaian sering melebihi had.
Keadaan ini tentu sekali mengganggu keselesaan jiran. Apabila jiran mengemukakan aduan kepada PBT timbul pula umpatan jiran dengki, busuk hati dan sebagainya.
Hakikatnya, bukan sahaja pencemaran bunyi, bahkan sisa sampah serta kemungkinan juga boleh mendatangkan kerosakan rumah jiran.
Penulis percaya semua itu tidak akan berlaku jika kita tidak bersikap pentingkan diri, peduli hak orang lain serta ambil tahu undang-undang PBT untuk kepentingan dan keselesaan bersama.
Walaupun itu rumah anda , anda membayar kepada bank tiap-tiap bulan termasuk cukai pintu, anda tetap terikat dengan undang-undang dan perasaan jiran juga perlu dijaga.
Sumber: Utusan Malaysia
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!

Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.