Tips Renovate Rumah | Adakah Ubahsuai Rumah Menguntungkan Anda?

Menambah bilik air, pendingin hawa dan mengubahsuai dapur adalah antara penambahbaikan yang boleh menyebabkan harta anda meningkat nilainya.

JIKA anda bercadang mengubahsuai kediaman anda, adalah wajar untuk mengetahui jenis pengubahsuaian yang akan meningkatkan nilai harta anda.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Rumah yang naik nilainya adalah penting kerana ia akan membantu mendapatkan balik wang yang anda telah labur bagi kerja-kerja penambahbaikan apabila tiba masa untuk menjualnya.

Menurut Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebagaimana yang digariskan dalam buku panduannya mengenai Kewangan Individu. Jika anda bercadang menjadikannya kediaman tetap bagi keluarga anda, maka mengubahsuai untuk menambah keluasan adalah alasan munasabah.

Menambah bilik air, pendingin hawa dan mengubahsuai dapur adalah antara penambahbaikan yang boleh menyebabkan harta anda meningkat nilainya.

Bagaimanapun, jika anda berhasrat untuk tinggal di kediaman itu untuk seketika dan kemudian menjualnya maka anda tidak hanya boleh menimbangkan keselesaan malah nilai kediaman anda dalam tempoh itu.

Sebagai contoh, anda membelanjakan RM10,000 mengubahsuai sebuah bilik tetapi harga pasaran kediaman anda hanya meningkat kurang daripada RM5,000 semasa anda mahu menjualnya. Maka anda akan mengalami kerugian.

Hitung Kos Pengubahsuaian

Jika anda bercadang menjual kediaman itu dan mahu mengubahsuainya supaya nilainya naik, adalah baik untuk mendapatkan pandangan ejen hartanah, kontraktor dan profesional industri sama ada anda boleh mendapatkan balik apa yang anda telah melabur bagi kerja pengubahsuaian itu.

Walau apa pun, sebelum memulakan kerja, dapatkan tawaran harga daripada beberapa orang kontraktor.

Sementara kontraktor yang dilantik akan menguruskan kesemua kerja-kerja pengubahsuaian, mungkin timbul kemusykilan kerana kawalan sepenuhnya terhadap kerja-kerja telah diamanahkan kepada pihak yang mungkin tidak mempunyai wawasan yang sama seperti anda.

Jika anda masih mahu mengekalkan sedikit kawalan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian itu, anda boleh meminta kontraktor menguruskan aliran dan tenaga kerja, sementara anda membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Ini pada waktu yang sama akan membolehkan anda menjimatkan antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah kos.

Dapatkan Dalam Hitam Putih

Tidak kira cara mana anda mahu melakukannya, yang penting ialah menyediakan kontrak bertulis antara anda dan kontraktor. Kontrak ini boleh mencegah salah faham dan menggariskan kos dan tempoh siap sesuatu projek.

Ia juga sedikit sebanyak memberikan perlindungan jika kontraktor itu gagal menyiapkan kerja mengikut terma-terma yang dipersetujui. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kerugian besar.

Selepas anda mengenal pasti kos pengubahsuaian, ambil langkah seterusnya iaitu mencari pembiayaan.

Renovation Rumah Shah Alam Renovate Rumah Setia Alam Ubahsuai Rumah Klang Subang Jaya

Sumber Pembiayaan

Sekarang, bagaimana anda mahu membiayai kerja-kerja pengubahsuaian ini? Cara terbaik, sudah pasti, melalui simpanan anda. Bagaimanapun, anda boleh juga membiayainya menerusi pinjaman bank atau kad kredit.

Setiap satu kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang perlu dipertimbangkan dengan teliti dan mengambil kira tambahan komitmen kewangan jika anda memilih untuk membiayai pengubahsuaian menerusi pinjaman ataupun kredit.

Pembiayaan semula juga merupakan pilihan baik untuk mendapatkan tunai cepat dengan mencairkan ekuiti harta. Bagaimanapun, pembiayaan semula hanya sesuai dalam dua keadaan iaitu:

  • Pengubahsuaian jangka panjang memerlukan bayaran muka dalam yang jumlah besar.
  • Jika anda bercadang untuk tinggal di kediaman itu untuk tempoh yang cukup lama maka menjadikan pembiayaan semula adalah berkesan daripada segi kos.

Satu lagi pilihan ialah pinjaman peribadi. Apa yang menarik dengan pinjaman peribadi ini ialah ia dapat digunakan untuk membayar apa sahaja yang anda idamkan termasuk pengubahsuaian rumah. Kelemahannya, bagaimanapun, adalah seperti berikut:

Ia tidak fleksibel, anda tidak boleh terlewat dalam membuat bayaran balik atau mengurangkan ansuran bulanan dan jika anda membayar balik pinjaman lebih awal, anda mungkin dikenakan denda.

Hakikatnya, dapatkan nasihat profesional dan hitung dengan teliti punca kewangan yang anda boleh peroleh sebelum memulakan kerja-kerja pengubahsuaian.

Sumber: Bernama

KONTRAKTOR RENOVATION RUMAH SHAH ALAM, KLANG & SUBANG
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!
Hubungi: RIZMAN 017-349 9240 Tekan Untuk Whatsapp

Renovate Rumah Shah Alam Renovation Rumah Selangor Ubahsuai Rumah
Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *