Ada macam-macam kerenah kontraktor renovation rumah. Bagaimana mahu memilih kontraktor ubahsuai rumah yang boleh diharap untuk menyiapkan renovation rumah anda?
Berikut adalah tips untuk memilih kontraktor renovation yang bolh dipercayai:
Mempunyai Lesen Perniagaan / Lesen Kontraktor
Pilih kontraktor renovation rumah yang ada lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sdn.bhd). Pastikan juga kontraktor renovation rumah mempunyai lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.
Alamat Pejabat Yang Sah
Pastikan kontraktor renovation rumah anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat atau rumah. Sesetengah kontraktor kecil menjadikan alamat rumah sebagai alamat perniagaan.
Kontraktor renovation rumah mudah dihubungi melalui telefon/emel dan dikunjungi di alamat pejabat/premis, maka ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur.
Rekod Kerja dan Profil Syarikat
Pilih kontraktor renovation rumah yang mempunyai rekod kerja yang baik walaupun baru menyiapkan 2 atau 3 projek binaan/ubahsuai yang kecil & sederhana, seperti tambahan/pindaan rumah.
Melawat Tapak Projek Yang Telah Siap
Hubungi pelangga terdahulu kontraktor renovation rumah tersebut dan dapatkan pengesahan. Anda digalakkan melawati tapak binaan yang telah siap untuk melihat kualiti binaan serta bertanya sedikit sebanyak kepada pemilik rumah (yang telah siap diubahsuai) tentang kontraktor ubahsuai yang dilantik.
Sebutharga Renovation Yang Berpatutan
Setiap kontraktor ubahsuai akan memberikan sebutharga ubahsuai yang berbeza. Untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai dengan bajet anda, minta kontraktor renovation rumah tersebut menyediakan secara bertulis dan terperinci;
- sampel bahan & harga bahan tersebut
- upah pasang / upah kerja bagi setiap skop kerja binaan
- jangkamasa siap kerja
- kos kerja yang ditanggung kontraktor (pembuangan sampah sisa binaan dsb)
- kos tambahan/luaran yang perlu ditanggung pemilik rumah/klien
Berbincanglah dengan kontraktor ubahsuai & jangan ragu untuk membuang atau menambah mana-mana bahan yang dirasakan perlu dalam renovationrumah anda sehingga anda dapat mencapai bajet ubahsuai yang sesuai dengan kemampuan anda tanpa berkompromi dengan kualiti bahan dan hasil kerja binaan.
Kontraktor yang jujur akan memberi penjelasan & maklumat lengkap mengenai jenis/kualiti bahan binaan yang sesuai untuk kegunaan ruang di rumah anda serta harga pasaran bahan binaan dan upah kerja beliau secara terperinci.
Nak Renovate Rumah? Ubahsuai Dapur? Renovate Bilik Air? Kami Boleh Bantu!
Nak Buat Gate? Buat Garden? Buat Swimming Pool? Hubungi Kami Sekarang!

Peluang Mendapatkan Job / Projek Renovation Rumah Juga Dibuka Kepada Kontraktor Renovation. Hubungi Rizman Untuk Maklumat Lanjut.